Isnin, 20 Mei 2013

Buat masa sekarang ni,minat terbaru adalah Jogging Photography.Entah apa yang buat saya tertarik dengan idea percantuman dua hobi ini (photography + jogging),mungkin sebab sudah terpengaruh dengan cerita filem bertajuk Yes Man,lakonan Jim Carrey dan Zooey Deschanel.Menurut dalam filem itu,korang kena berjoging sambil menangkap gambar,rasanya itu dah jelas kot.Satu masalah saje sekarang,MASA....nak dikatakan workaholic bukan,hangingoutwithfreindaholic(suka lepak ngan kawan 24/7) pon bukan jugak,saya memang dah tidak ada masa untuk,atau mungkin saya malu akan perubahan yang saya buat tadi,i mean,saya selama ni tak pernah terfikir pon nak bangun pagi lepas tu keluar berjogging,jadi perubahan semacam itu mungkin menarik perhatian ibu bapa saya dan mula lah 20 questions.

Tapi betullah org cakap kan,senaman menyelamatkan nyawa,jadi lantak je lah kan...kepuasan peribadi yang penting,right?

Selasa, 12 Mac 2013

Kaki TV

Siapa kaki TV? Tiada siapa yang tahu pasal tv lebih daripada saya.selepas ada urusan atau kerja yang berlanjutan menimpa saya,apa yang saya fikirkan dalam kepala otak saya hanyalah duduk dan menengok TI...VI..

tetapi ada kajian terbaru yang saya ada baca dalam surat khabar yang mengatakan kaum Adam kalau tengok tv banyak mengundang penyakit dan dalam kes kita masalah testicle dan jumlah sperm yang dihasilkan berkurangan (untuk pengetahuan lelaki sahaja) Hal ini kerana korang asyik duk rumah je menghadap tv dan tidak keluar bersenam dan melakukan aktiviti riadah...

Aku takkan biarkan info ini menghancurkan harapan dan mimpi-mimpi positif aku terhadap menonton tv! Itu lah yang memberikan aku semangat setiap hari untuk menempuh kerja seharian aku! tapi insyaallah aku akan mulakan senaman harian aku tak lama lagi! YOU GO DIE ARTICLE!!

Perbualan buat masa sekarang ni susah sikit,masih malu-malu dan mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri.Dengan bulu tambahan di tengah-tengah kening saya ni,saya dah mula rasa kurang keyakinan diri.Mungkin ia ada kena mengena dengan visi mengarut saya iaitu:-

#kalau orang tuh tak ade unibrow,mereka lebih hebat daripada saya.

Nampak mengarut kan?! memang! tetapi saya tak boleh keluarkan idea tu daripada kepala otak saya,nampaknya ia dah tersekat.Saya tak marah sebenarnya kalau saya ada Unibrow,dulu ye lah tetapi sekarang saya dah redha dan saya accept sepenuhnya kening tambahan ini kedalam hidup saya.Saya melayan kening ni macam saya layan hidung saya,mata saya,tangan saya...faham tak? jangan fikir lain pulak,maksudnya kening unibrow ni dah macam salah satu anggota badan rasmi saya.

apa khabar semua para pembaca? sihat? anda semua menjalani kehidupan dengan baik? kalau semua jawapan anda ya,saya tumpang gembira untuk anda.Nama sebenar saya syamel danial...nak panggil saya syamel pon boleh,danial pon boleh,seperti di dalam profile picture saya tu,saya memang ber-kening sambung (unibrow).Ya di antara kedua-dua belah kening saya ada segumpulan bulu yang menyambung kedua-duanya sekali.Berdasar daripada kebanyakan orang yang bertembung dengan saya,mereka cakap kejadian unibrow ni jarang orang ada dan saya rasa memang betul lah...kot! Saya berdarah Melayu asli,tiada kacukan dengan mana-mana darah asing,kedua ibu bapa saya melayu.Mereka cakap kening saya ni ikut arwah datuk saya punya,saya rasa masuk akal memandangkan semua ahli keuarga saya kening mereka normal,jadi saya rasa macam dah boleh pasti dah...kot! Berkenaan dengan blog ni,saya sengaja je nak buat kerana saya percaya yang saya boleh luahkan pengalaman saya sedikit-sedikit ke dalam blog ni. Kalau nak tahu cara hidup seorang Unibrow? Mari ikuti perkembangan baru,ayuh!