Selasa, 12 Mac 2013

apa khabar semua para pembaca? sihat? anda semua menjalani kehidupan dengan baik? kalau semua jawapan anda ya,saya tumpang gembira untuk anda.Nama sebenar saya syamel danial...nak panggil saya syamel pon boleh,danial pon boleh,seperti di dalam profile picture saya tu,saya memang ber-kening sambung (unibrow).Ya di antara kedua-dua belah kening saya ada segumpulan bulu yang menyambung kedua-duanya sekali.Berdasar daripada kebanyakan orang yang bertembung dengan saya,mereka cakap kejadian unibrow ni jarang orang ada dan saya rasa memang betul lah...kot! Saya berdarah Melayu asli,tiada kacukan dengan mana-mana darah asing,kedua ibu bapa saya melayu.Mereka cakap kening saya ni ikut arwah datuk saya punya,saya rasa masuk akal memandangkan semua ahli keuarga saya kening mereka normal,jadi saya rasa macam dah boleh pasti dah...kot! Berkenaan dengan blog ni,saya sengaja je nak buat kerana saya percaya yang saya boleh luahkan pengalaman saya sedikit-sedikit ke dalam blog ni. Kalau nak tahu cara hidup seorang Unibrow? Mari ikuti perkembangan baru,ayuh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan